Kalendar KRT DPB
Shoutbox
Radio KRTDBP
Cuaca
Carian
Waktu Solat
Pautan
Followers
Blog Archive
Pada 11 Julai 2010, satu program gotong royong anjuran KRTDPB telah dilaksanakan dengan jayanya. Anggarannya seramai 100 orang (ataupun lebih?) para sukarelawan terdiri dari para penduduk DPB sendiri dan juga dari anggota MPN, Rela & Polis telah bekerjasama dalam menjayakan program gotong royong ini.
Sambutan Maulidur Rasul bagi seluruh warga DPB telah diadakan pada 14 Mac 2010 anjuran AJK Surau DPB. Berkumpul di perkarangan hadapan kedai Dolah (8.00 pagi), dan kemudiannya berarak berjalan kaki sambil berselawat keatas nabi, menuju ke Surau (8.45 pagi).
Seawal 6 pagi, warga DPB yang terlibat telah sibuk memotong daging lembu yang dihantar penternak terus ke surau DPB. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya bacaan Al-Quraan, dan persembahan dari Tabika Kemas DPB dan Tadika Cahaya Nurani. Selepas itu diakan majlis penyampaian cenderahati bagi kanak-kanak yang terlibat.
Majlis bersurai selepas jamuan makan tengahari dan disambung semula selepas solat maghrib untuk mendengar ceramah dari Uz Ahmad.
Rukun Tetangga
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom.
Sejarah
Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut.
Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.
Peranan
Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut.
Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.
Desa Pinggiran Bayu
Desa Pinggiran Bayu terletak di sempadan Selangor-Negeri Sembilan. Berdekatan dengan PLUS highway (exit Nilai atau Bukit Mahkota), LEKAS Highway (exit Pajam atau Mantin) dan Stesen Komuter Batang Benar (lebih kurang 7km dari DPB).
Jarak dari Desa Pinggiran Bayu:
- 48km dari Kuala Lumpur (jalan lama)
- 59km dari Kuala Lumpur (highway)
- 29km dari Seremban (jalan lama)
- 29km dari Seremban (highway)
- 25km dari Kajang
- 15km dari Semenyih
- 12km dari Nilai
- 3km dari Mantin
- 20km dari KLIA-Sepang
Fakta ringkas:
Jumlah keluasan: 612 ekar
Dilancarkan: 1998
Dijangka siap sepenuhnya: 2020
Unit rumah dirancang: 3301
Rumah siap dibina: 568
Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.
Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.
Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu:
Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab
5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.
2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.
Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.
Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.
Pengguna lebuh raya di negara ini akan diberi pengecualian bayaran tol dan diskaun kadar tol (5% hingga 20%) di 17 lebuh raya sempena sambutan Tahun Baru Cina ini.
Berikut merupakan senarai syarikat konsesi tol dan kadar diskaun yang diberikan:
Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (Fasa 1) - tiada bayaran tol pada 11 Februari dan 15 Februari pukul 11.30 malam hingga 4.30 pagi.
PLUS Expressways pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) - menawarkan diskaun 20 peratus, 12 tengah malam hingga 7 pagi dari 10 hingga 19 Februari.
Lebuh Raya Kajang- Seremban (LEKAS) - tol percuma untuk bas dari 8 – 21 Feb
Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP) - diskaun 60 sen dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb
Sistem Penyuraian Traffik KL Barat (SPRINT) – diskaun 10 peratus dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb
Lebuhraya Baru Pantai (NPE) – diskaun 10 peratus dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb
Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) - diskaun 10 peratus dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb
Lebuhraya SMART – diskaun 20 sen dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb
Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (Akleh) – diskaun 10 peratus dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb
Lebuhraya Shah Alam – Klang (Guthrie) – diskaun 10 peratus dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb
Lebuhraya KL - Putrajaya – diskaun 10 peratus dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb
Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) – diskaun 10 peratus dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb
Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga) – diskaun 10 peratus dari 6 pagi 14 Feb – 6 pagi 15 Feb
Lebuhraya Shah Alam – diskaun 10 peratus dari 6 pagi 14 Feb – 6 pagi 15 Feb
Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) - diskaun 5 peratus dari 12.01 tgh malam – 12.00 tghari 14 Feb
Kepada semua warga Desa Pinggiran Bayu, diucapkan selamat Tahun Baru Cina dan selamat bercuti. Yang ingin balik ke kampung atau ke destinasi yang diingini, terapkanlah budaya pemanduan secara berhemah dan petua-petua keselamatan jalan raya dalam diri masing-masing.
‘ANDA MAMPU MENGUBAHNYA’